Sunday, September 27, 2009

Selamat kembali Sahabat-sahabat !!!




Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sahabat-sahabat sekalian....
selamat kembali ke gedung ilmu di tanah UKM tercinta ini..
dan rasanya masih belum terlewat bagi pihak PENDIDIK mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada sahabat-sahabat sekalian. jika ada salah dan silap seribu kemaafan dipinta. segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari Allah juga,tapi di sandarkan kepada kami yang tidak sunyi dari kekhilafan ini.
~SALAM PENDIDIK~


Tuesday, September 1, 2009

super impose...editting..??!!




Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pernah tengok banner dan poster yang menarik, tergantung di tiang-tiang dan bangunan tak?? Pernah tak terfikir, macamana diorang buat semua ni..??

Hmm, sebenarnya diorang menggunakan perisian Adobe Photoshop.

Pernah dengar??

Ya, Adobe Photoshop ini buka sahaja boleh digunakan untuk membuat banner, tetapi juga untuk membuat namecard yang cantik2 dan boleh letak gambar anda yang paling cute dan hensem.

Ia juga bleh dijadikan sebagai hadiah, kenang-kenangan kepada pensyarah dan kawan-kawan anda yang istimewa.

Nak tahu cara membuatnya??


JOM JOIN BENGKEL MULTIMEDIA

(PHOTOSHOP DAN BLOG)

Pada: 5/9/2009 - SABTU

Masa: 9pg-5ptg

Tempat: Makmal Komputer, FPEND


Anda juga akan didedahkan cara membuat blog yang menarik, sehingga dikunjungi oleh ramai followers!!

Selain itu, Terdapat pertandingan mencipta banner dan blog, dan hadiah menarik menanti anda!!

Segera, mesej nama dan program kepada NAIM (013-9182168)sekarang.
Ayuh, segera, tempat terhad kepada 40 orang sahaja!!

"GURU PEMBENTUK GENERASI"
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN (PENDIDIK UKM)
2009

tentatif

5 September 2009, ( Sabtu )

9.00 pagi : Pembukaan kaunter pendaftaran,ketibaan peserta.

10.00-12.00 pagi : Penerangan tentang Adobe Photoshop.

12.00-12.30 tghari : Sesi soal-jawab

1.00 tghari : Rehat

1.30 tghari : sesi praktikal mencipta banner atau muka depan majalah.

3.30 ptg : tamat sesi praktikal. Penerangan serba sedikit tentang blog.

4.30 ptg : mencipta akaun blog peserta. ( update blog akan dipantau selama 2 minggu,blogger terbaik akan dipilih )

5.00 ptg : rehat.

5.30 ptg : penyampaian sijil dan cenderamata

6.00 ptg : bersurai. (pemberian paket kurma utk berbuka )

Monday, August 31, 2009

kursus multimedia...(adobe photoshop dan pertandingan blog )


Bagi masa yang terdekat ini Pendidik mengadakan kursus multimedia
pada 5 September 2009 dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang.
kursus multimedia ini menekankan tentang pengubahsuaian image,
menggunakan photoshop,mesti menarik....
dan akhir sekali ada pertandingan mencipta blog...

untuk penyertaan sila hubungi :-
Naim : 0139182168

Sunday, August 30, 2009

aktiviti PENDIDIK datang lagi....

Assalamualaikum...
kepada semua sahabat pendidik sekalian..
untuk pengetahuan anda PENDIDIK akan mengadakan beberapa aktiviti
pada bulan Ramadan yang berkat ini,
tarikh-tarikhnya adalah seperti berikut..

5/9 - Kursus Multimedia (BIP)
6/9 - Bengkel Pengurusan Jenazah (BHES)
11-13/9 - Kem Mutiara Hati (B.AKADEMIK)
19-27/9 - Cuti Pertengahan Semester
3-4/10 - Karnival Siswa
16-25/10 - Study Week
26/10-14/11 - Final Exam
14/11/09 - OPKIM (BEND & B.HAK)

diharap sahabat-sahabat alert dengan tarikh-tarikh tersebut,
marilah kita mengisi masa kita di bulan Ramadan ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.....
salam syukran ~pendidik 09/10~

Tuesday, August 25, 2009

KELEBIHAN RaMaDAn!!!!

  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Monday, August 17, 2009

Lambaian Menara Gading...

Pada tanggal 17 ogos 2009 Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaaan Malaysia telah dikunjungi oleh adik-adik dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Teknik (ERT) Dato' Undang Hj. Muhamad Sharip Rembau, Negeri Sembilan dan juga adik-adik dari Sek. Men. Keb Seri Jempol Negeri Sembilan. PENDIDIK mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu-cikgu kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan aktiviti-aktiviti untuk adik-adik.

Diharapkan kita dapat meneruskan kesinambungan lawatan ini di lain waktu yang akan datang.
salam pendidik09/10..