Monday, July 6, 2009

BANK NOTA,SOALAN,JAWAPAN DAN KAJIAN...

PENDIDIK ada menyediakan bank nota dan pelbagai lagi bahan-bahan untuk study anda di bilik PENDIDIK (kepada pelajar-pelajar tahun satu yang belum tahu di mana bilik pendidik silalah berkunjung ke Fakulti Pendidikan yer..)

Satu kemudahan kepada pelajar Fakulti Pendidikan untuk mendapatkan nota dari senior-senior yang lepas. Anda boleh membuat peminjaman di bilik tersebut. PENDIDIK juga akan memberi khidmat printing dan scanning kepada pelajar Fakulti Pendidikan.

untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Exco PENDIDIK.
AJWADI~0193655306
KHAIROL NAIM ~ 0139182168

dan tidak dilupakan juga bagi yang bermurah hati untuk menyumbangkan sebarang nota buku-buku kepada BANK NOTA PENDIDIK usaha anda amat di alu-alukan.....

ingatlah.. tiga perkara yang tidak akan terpisah dari anak adam salah satunya adalah ilmu daripadanya yang digunakan berterusan oleh manusia untuk kebaikan....

~salam PENDIDIK~



KENALI PENDIDIK

~PENDIDIK adalah nama bagi Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Pendidikan.

~Barisan kepimpinan PENDIDIK terdiri daripada pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan semua pelajar Fakulti Pendidikan adalah ahli PENDIDIK.

~PENDIDIK juga mewakili suara pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dalam menjaga dan membela hak, kepentingan dan tanggungjawab pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan seluruhnya.

~PENDIDIK menjaga mengkaji,menyuarakan dan menunaikan kehendak dan kepentingan warga PENDIDIK dari sudut akademik,khidmat bakti, sosial dan kebajikan.

~PENDIDIK menjalinkan hubungan baik dan berkesan di antara ahli dan kakitangan Fakulti Pendidikan UKM.

~Motto PENDIDIK adalah "Guru Pembentuk Generasi"

salam PENDIDIK........

Sunday, June 28, 2009

ANDA TERPILIH..!!! Jangan Menoleh lagi..




SELAMAT DATANG...ahlan wasahlan..
Tahniah dan syabas diucapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading..khasnya kepada mahasiswa/i baru Universiti Kebangsaan Malaysia..
PERTEMPURAN baru di alam IPT tidak sama dengan perjuangan mendapatkan SPM di sekolah menengah. ‘Musuh’ yang dihadapi lebih ‘kejam’, ‘ganas’ dan ‘tangkas’.
Jadi persiapkan diri anda bagi menempuhnya...
Kepada 'cikgu-cikgu' baru fakulti pendidikan,diucapkan tahniah dan takziah kepada anda kerana memilih untuk berada disini. berusaha dan jadilah bakal guru seterusnya guru yang cemerlang yang mengukir natijah kepada anak bangsa negara......
salam perkenalan dan selamat datang dari..
PERSATUAN MAHASISIWA FAKULTI PENDIDIKAN 09/10 ( PENDIDIK )..

Tuesday, April 7, 2009

Buletin Terkini. PRAPRAKTIKUM

Kepada pelajar tahun satu yang akan menjalani prapraktikum, maklumat adalah seperti berikut....
taklimat prapraktikum akan diadakan pada :-

tarikh : 16 april 2009
tempat: dewan budiman
masa : 8.30 pagi

Sila bawa RM20 untuk turan bahan-bahan prapraktikum.
Pengambilan bahan-bahan prapraktikum akan mengikut tempat dan masa-masa yang ditetapkan pada tarikh tersebut.

-PENDIDIK09/10-




Monday, March 30, 2009

selamat bergraduasi pendidik tahun 4...

salam tahniah dan takziah kepada para pendidik tahun 4 yang sudah akhir tahun dan akan bergraduasi tak lama lagi..... lakukan yang terbaik pada masa depan...masa depan anak bangsa terletak di bahu kita semua....para pendidik bangsa.... takbir....!!!!

aktiviti pendidik......





Baru-baru ini pada tanggal
29 march hari Ahad... Fakulti pendidikan telah dikunjungi oleh adik-adik dari Sekolah Menengah Kebangsaan Shamsudiniyyah, kuala lumpur...

lawatan tersebut bertujuan untuk mendedahkan kepada adik2 tentang cara hidup di universiti, memberi galakan dan panduan,menerangkan tentang kemudahan dan prasarana di UKM, mejalinkan hubungan erat antara kita dan melatih exco2 baru pendidik 09/10 untuk menguruskan aktiviti2 yang di jalankan serta mempamerkan sahsiah guru yg baik...