Monday, August 17, 2009

Lambaian Menara Gading...

Pada tanggal 17 ogos 2009 Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaaan Malaysia telah dikunjungi oleh adik-adik dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Teknik (ERT) Dato' Undang Hj. Muhamad Sharip Rembau, Negeri Sembilan dan juga adik-adik dari Sek. Men. Keb Seri Jempol Negeri Sembilan. PENDIDIK mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu-cikgu kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan aktiviti-aktiviti untuk adik-adik.

Diharapkan kita dapat meneruskan kesinambungan lawatan ini di lain waktu yang akan datang.
salam pendidik09/10..

Monday, August 10, 2009

BILIK PENDIDIK BERPINDAH !!!!!!

Dimaklumkan bahawa bilik pendidik akan berpindah ke bahagian lain di fakulti pendidikan.
kelihatannya bilik baru pendidik akan lebih kecil dari yang asal,iaitu di sebelah bilik komputer ataupun yang dikenali sebagai bilik seminar 2.Menurut dekan,supaya fakulti dapat memantau semua kerja buat PENDIDIK09/10.

komen anda..??????


Saturday, August 8, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat PENDIDIK sekalian..
untuk mengeratkan lagi tali perhubungan sillaturahim di antara kita tidak ada sama ada senior mahupun junior, dan mengenali satu sama lain,
PENDIDIK 09/10 telah menganjurkan Interaksi Mahabbah pada :

Ahad (9/8/09)
jam 7.30 pagi
Tasik Kejuruteraan.
(lengkap berpakaian sukan)

Dengan Tema "Pendidik Cergas Menjana Idea Bernas"

sama-samalah kita memeriahkannya..
pelbagai aktiviti yang telah disediakan..

semoga dengan kebersamaan kita dalam menghadapi apa jua dugaan dapat kita atasi dengan mudah apabila kita saling kenal mengenali.

Sebarang masalah atau pertanyaan, boleh hubungi Saudara Afham, Exco Sukan dan Kebudayaan 0133096797, atau Suhardi, Exco Akademik 0133081378.

salam pendidik cerdas.....

Monday, July 6, 2009

BANK NOTA,SOALAN,JAWAPAN DAN KAJIAN...

PENDIDIK ada menyediakan bank nota dan pelbagai lagi bahan-bahan untuk study anda di bilik PENDIDIK (kepada pelajar-pelajar tahun satu yang belum tahu di mana bilik pendidik silalah berkunjung ke Fakulti Pendidikan yer..)

Satu kemudahan kepada pelajar Fakulti Pendidikan untuk mendapatkan nota dari senior-senior yang lepas. Anda boleh membuat peminjaman di bilik tersebut. PENDIDIK juga akan memberi khidmat printing dan scanning kepada pelajar Fakulti Pendidikan.

untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Exco PENDIDIK.
AJWADI~0193655306
KHAIROL NAIM ~ 0139182168

dan tidak dilupakan juga bagi yang bermurah hati untuk menyumbangkan sebarang nota buku-buku kepada BANK NOTA PENDIDIK usaha anda amat di alu-alukan.....

ingatlah.. tiga perkara yang tidak akan terpisah dari anak adam salah satunya adalah ilmu daripadanya yang digunakan berterusan oleh manusia untuk kebaikan....

~salam PENDIDIK~



KENALI PENDIDIK

~PENDIDIK adalah nama bagi Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Pendidikan.

~Barisan kepimpinan PENDIDIK terdiri daripada pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan semua pelajar Fakulti Pendidikan adalah ahli PENDIDIK.

~PENDIDIK juga mewakili suara pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dalam menjaga dan membela hak, kepentingan dan tanggungjawab pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan seluruhnya.

~PENDIDIK menjaga mengkaji,menyuarakan dan menunaikan kehendak dan kepentingan warga PENDIDIK dari sudut akademik,khidmat bakti, sosial dan kebajikan.

~PENDIDIK menjalinkan hubungan baik dan berkesan di antara ahli dan kakitangan Fakulti Pendidikan UKM.

~Motto PENDIDIK adalah "Guru Pembentuk Generasi"

salam PENDIDIK........

Sunday, June 28, 2009

ANDA TERPILIH..!!! Jangan Menoleh lagi..




SELAMAT DATANG...ahlan wasahlan..
Tahniah dan syabas diucapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading..khasnya kepada mahasiswa/i baru Universiti Kebangsaan Malaysia..
PERTEMPURAN baru di alam IPT tidak sama dengan perjuangan mendapatkan SPM di sekolah menengah. ‘Musuh’ yang dihadapi lebih ‘kejam’, ‘ganas’ dan ‘tangkas’.
Jadi persiapkan diri anda bagi menempuhnya...
Kepada 'cikgu-cikgu' baru fakulti pendidikan,diucapkan tahniah dan takziah kepada anda kerana memilih untuk berada disini. berusaha dan jadilah bakal guru seterusnya guru yang cemerlang yang mengukir natijah kepada anak bangsa negara......
salam perkenalan dan selamat datang dari..
PERSATUAN MAHASISIWA FAKULTI PENDIDIKAN 09/10 ( PENDIDIK )..