Monday, August 31, 2009

kursus multimedia...(adobe photoshop dan pertandingan blog )


Bagi masa yang terdekat ini Pendidik mengadakan kursus multimedia
pada 5 September 2009 dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang.
kursus multimedia ini menekankan tentang pengubahsuaian image,
menggunakan photoshop,mesti menarik....
dan akhir sekali ada pertandingan mencipta blog...

untuk penyertaan sila hubungi :-
Naim : 0139182168

Sunday, August 30, 2009

aktiviti PENDIDIK datang lagi....

Assalamualaikum...
kepada semua sahabat pendidik sekalian..
untuk pengetahuan anda PENDIDIK akan mengadakan beberapa aktiviti
pada bulan Ramadan yang berkat ini,
tarikh-tarikhnya adalah seperti berikut..

5/9 - Kursus Multimedia (BIP)
6/9 - Bengkel Pengurusan Jenazah (BHES)
11-13/9 - Kem Mutiara Hati (B.AKADEMIK)
19-27/9 - Cuti Pertengahan Semester
3-4/10 - Karnival Siswa
16-25/10 - Study Week
26/10-14/11 - Final Exam
14/11/09 - OPKIM (BEND & B.HAK)

diharap sahabat-sahabat alert dengan tarikh-tarikh tersebut,
marilah kita mengisi masa kita di bulan Ramadan ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.....
salam syukran ~pendidik 09/10~

Tuesday, August 25, 2009

KELEBIHAN RaMaDAn!!!!

  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Monday, August 17, 2009

Lambaian Menara Gading...

Pada tanggal 17 ogos 2009 Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaaan Malaysia telah dikunjungi oleh adik-adik dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Teknik (ERT) Dato' Undang Hj. Muhamad Sharip Rembau, Negeri Sembilan dan juga adik-adik dari Sek. Men. Keb Seri Jempol Negeri Sembilan. PENDIDIK mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu-cikgu kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan aktiviti-aktiviti untuk adik-adik.

Diharapkan kita dapat meneruskan kesinambungan lawatan ini di lain waktu yang akan datang.
salam pendidik09/10..

Monday, August 10, 2009

BILIK PENDIDIK BERPINDAH !!!!!!

Dimaklumkan bahawa bilik pendidik akan berpindah ke bahagian lain di fakulti pendidikan.
kelihatannya bilik baru pendidik akan lebih kecil dari yang asal,iaitu di sebelah bilik komputer ataupun yang dikenali sebagai bilik seminar 2.Menurut dekan,supaya fakulti dapat memantau semua kerja buat PENDIDIK09/10.

komen anda..??????


Saturday, August 8, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat PENDIDIK sekalian..
untuk mengeratkan lagi tali perhubungan sillaturahim di antara kita tidak ada sama ada senior mahupun junior, dan mengenali satu sama lain,
PENDIDIK 09/10 telah menganjurkan Interaksi Mahabbah pada :

Ahad (9/8/09)
jam 7.30 pagi
Tasik Kejuruteraan.
(lengkap berpakaian sukan)

Dengan Tema "Pendidik Cergas Menjana Idea Bernas"

sama-samalah kita memeriahkannya..
pelbagai aktiviti yang telah disediakan..

semoga dengan kebersamaan kita dalam menghadapi apa jua dugaan dapat kita atasi dengan mudah apabila kita saling kenal mengenali.

Sebarang masalah atau pertanyaan, boleh hubungi Saudara Afham, Exco Sukan dan Kebudayaan 0133096797, atau Suhardi, Exco Akademik 0133081378.

salam pendidik cerdas.....